Pengalaman Baharu di Kem Tiku (Jamnus)

Perkhemahan Jambori Nusantara (Jamnus) merupakan program yang dianjurkan oleh PPMCS Daerah Tawau. Jamnus kali pertama telah dilaksanakan pada tahun 2016 telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Tawau. Pada kali ini, iaitu Jamnus kali ke-2 dijalankan di Kem Tiku, Tawau yang berlangsung pada 23 hingga 26 Mac 2019 iaitu selama 4 hari. Tarikh pelaksanaan perkhemahan ini sangat sesuai untuk pengisian cuti sekolah bagi ahli pengakap kanak-kanak, muda dan remaja.

Penyertaan direkodkan adalah seramai 1500 orang penyertaan daripada seluruh negeri Sabah termasuklah saya sendiri sebagai kontinjen daerah Kinabatangan. Penglibatan dalam perkhemahan kali ini dihadiri oleh ahli pengakap yang disebut di atas, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Pengakap Kelana. Istimewanya, perkhemahan ini juga disertai oleh Pramuka, Indonesia yang turut memeriahkan dan menjayakan perkhemahan ini.

Perkhemahan ini yang merupakan penganjuran terbesar PPMCS Daerah Tawau bertujuan untuk menyemarakkan kesatuan nusantara sama ada ahli pengakap Malaysia sendiri atau ahli pengakap Malaysia dengan Pramuka Indonesia. Dalam pada itu, ia juga sebenarnya bertujuan menggalakkan semangat kesukarelawan yang dapat dipupuk yang dapat membina proses perhubungan dua hala peringkat antarabangsa dari peringkat awal lagi

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah khidmat masyarakat, rempuh halangan, sukaneka, malam kebudayaan, pioneering dan kraftangan. Uniknya, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan swafoto bagi menggalakkan para peserta mengambil gambar-gambar yang menarik untuk dipertandingkan.

Majlis penutupan perkhemahan ini telah dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sendiri iaitu Datuk Dr. Awang Zaini bin Hj. Suntim mengiringi Datuk Frankie Poon Ming Fung, Menteri Belia dan Sukan negeri Sabah selalu perasmi. Beliau memberi pujian terhadap program ini dan menyifatkannya sebagai medan untuk menyatupadukan ‘Semangat Nusantara’

Imagen de Suryadi Lagga
from Malaysia, hace 4 meses

Project Period

Started On
Saturday, March 23, 2019
Ended On
Tuesday, March 26, 2019

Número de participantes

1500

Horas de servicio

36000
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.