TAMAN ALAM SEMULAJADI PENGAKAP

Taman Alam Semulajadi Pengakap, Sandakan menjadi Pusat Kecemerlangan Alam Semula Jadi Dan Persekitaran Pengakap (SCENES) yang pertama di Malaysia sementara Pulau Nunuyan Laut menjadi lokasi perkongsian strategik dan Pusat Latihan Pengakap Laut Negeri Sabah.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato Seri Paduka Dr. Hj. Shafie Hj. Mohd. Salleh bersempena Hari Pengakap Malaysia 2018, di Sandakan.

Pelancaran SCENES Sandakan sekaligus menjadikannya sebagai pusat SCENES Hutan Hujan Tropika pertama di dunia selain ke 3 di Asia Pasifik dan ke 29 di dunia.

SCENES Sandakan menempatkan lebih 100 spesis tanaman herba dan mempunyai kolam tadahan hujan serta kolam semulajadi untuk tujuan pendidikan, aktiviti air dan kegiatan akuakultur selain trek rimba untuk aktiviti riadah, jatidiri dan pendidikan alam sekitar.

Taman Alam Semulajadi Pengakap, Sandakan terletak dalam Hutan Hujan Tropika kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Sandakan merupakan taman bagi ahli Pengakap yang dibuat berteraskan alam semulajadi.

Taman tersebut dihias dengan suasana alam semulajadi yang dapat memberi ketenangan kepada pengunjung.

Selain untuk kunjungan orang ramai, taman berkenaan juga merupakan tempat bagi ahli-ahli pengakap membuat aktiviti seperti Jambori Pengakap dan perkhemahan pengakap sekolah.

Tedahulu, Tan Sri Paduka Dr. Hj. Shafie Hj. Mohd Salleh ketika berucap mengajak agar setiap kepimpinan pengakap dari kalangan belia supaya merasai erti sebuah perjuangan.

Menurutnya, walaupun mendepani pelbagai cabaran, usaha membina Pergerakan Pengakap sebagai sebuah modal insan yang mempunyai minda kelas pertama harus diteruskan.

Jelasnya, ia termasuk mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, memupuk penerokaan minda selain membina nilai moral yang tinggi.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia membabitkan Pingat Bintang Semangat Rimba 2 (Perak), Pingat Perkhidmatan Gemilang, Pingat Pekhidmatan Cemerlang, Anugerah Ketua Pengakap Negeri Sabah, Pingat Yang Diperua Majlis Pengakap Negeri Sabah selain Sijil Kepujian Pengakap Negeri Sabah.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Profesor Dato Dr. Mohd. Zin Bidin dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Haji Suntim.

Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2018 turut disertai oleh pengakap dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.