PULAU NUNUYAN DI SANDAKAN MENCATAT SEJARAH..

1910 Pulau Brown Sea di England mencatat sejarah terciptanya Pengakap di dunia ini dengan penghasilan perkhemahan pengakap yang diselenggarakan oleh Loed Baden Powell. Bermula dengan perkhemahan yang melibatkan 22 anak muda kini telah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Bermulalah era pembangunan pengakap secara berperingkat mengikuti skim yang telah disediakan.

2019 Pulau Nunuyan di Sandakan, Sabah mencatat sejarah yang sama tetapi lebih menakjubkan dan wajar menjadi kebanggaan Pengakap dan rakyat Malaysia. Siapa yang sangka pulau yang dihuni hampair 4000 penduduk ini merupakan AHLI PENGAKAP. Kesemua penduduk Pulau Nunuyun ini menjadi ahli pengakap. Malah pengakap di peringkat asas yang dididik di pulau ini melebihi 160 orang yang terdiri daripada pengakap lebah, pengakap kanak-kanak, pengakap kanak-kanak laut. Sungguh unik sekali kerana mereka menerima latihan secara alamaniah yang dizahirkan oleh keseluruhan kepimpinan pulau itu sendiri termasuklah jawatankuasa kemajuan kampung, Jemaah masjid, persatuan ibu bapa dan guru, dan seluruh penduduk yang secara sukarela menyertai pengakap sehingga menolak kewujudan unit beruniform yang lain.

Tiada siapa sedar dan tiada siapa sangka, bahawa Pulau Nunuyan sebenarnya telah melahirkan ramai pengakap tulen yang berjiwa besar. Kehebatan dan kebolehan pengakap di Pulau ini boleh dilihat melalui pencapaian mereka dalam lencana kepandaian. Ibubapa bukan sahaja sekadar menyokong pencapaian anak-anak pengakap mereka, sebaliknya berlumba-lumba untuk mencapai manik kayu. Bagi memastikan pengakap akan sentiasa di hati, setiap bot, setiap jeti, setiap rumah, masjid dan sekolah akan di tampal sticker “Scout inside”. Perkara ini tidak akan dijumpai di mana-mana pulau dalam dunia.

Jawatankuasa MoP Malaysia dengan kerjasama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, YBhg. Dato Dr. Awang Zaini dan kumpulan Majlis Pesuruhjaya Sandakan telah bermurah hati meluangkan masa selama 2 jam pada 4 November 2019 untuk mengisahkan perjalanan pengakap Pulau Nunukan dari segi penubuhan, pelaksanaan, pencapaian dan harapan masa depan.

Setakat ini, inilah satu-satunya pulau di dunia semua penghuninya merupakan ahli pengakap. Bagi membuktikan kebenarannya, pohon mana-mana pegawai berwajib samada dari WOSM, APR mahupun PPM sendiri mengesahkannya. Satu usaha MoP untuk memartabatkan Pengakap Malaysia

You should not see this

Comentarios

Imagen de ieda roshee

post jd projek ba bang ..baru ada hour hehehe

Imagen de Irmon_Ibno

Tak apa

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.