Pelantikan dan Latihan Koordinator Messengers of Peace Zon Sabah 2019

Seramai 80 orang ahli Pengakap Sabah yang menyertai Kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan Bagi Zon Sabah di Scouts Nature Park, Sandakan, Sabah telah dilantik sebagai Koordinator Messengers of Peace bagi Zon Sabah.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah dihadiri oleh ahli-ahli Pengakap dari seluruh pelosok negeri Sabah yang terdiri daripada Pengakap Kelana, Penolong-penolong Pemimpin, Pemimpin-pemimpin, Penolong-penolong Pesuruhajaya Daerah, Pesuruhajaya Daerah, Penolong-penolong Pesuruhajaya Bahagian, Pesuruhajaya Bahagian, dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat.

Dengan berlangsungnya acara kemuncak pada Majlis Penutup Kursus Koordinator Messengers of Peace Zon Sabah 2019 iaitu penganugerahan sijil dan lencana serta pengalungan skarf Messengers of Peace kepada para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang, secara rasminya Koordinator Messengers of Peace telah berjaya ditabalkan dari seluruh negeri di Malaysia.

You should not see this

Comentarios

Imagen de Kaplinlahut lahut

perancangan yg hebat

Imagen de nuuratikah
from Malaysia, hace 11 meses

Project Period

Started On
Friday, November 1, 2019
Ended On
Sunday, November 3, 2019

Número de participantes

80

Horas de servicio

1440

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.