Keamanan di Bumi Selatan - Karnival Keamanan 2019 (PLITA: Program Lestari Cinta Alam)

Pada 24 September, SMK Pengerang Utama, Pengerang, Johor menyambut Hari Keamanan dengan menganjurkan Karnival Keamanan yang diberi nama PLITA yang merupakan akronim kepada Program Lestari Cinta Alam. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB atau United Nations) telah menetapkan bahawa 21 September bagi setiap tahun sebagai Hari Keamanan Sedunia dan pada tahun ini, sambutan tersebut bertemakan Tindakan Iklim untuk Keamanan (Climate Action for Peace).

Oleh yang demikian, SMK Pengerang Utama bertindak sebagai penganjur untuk menjayakan program tersebut bagi menyahut cabaran UN dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dalam memenuhi rangka Messengers of Peace Program. Program pada tahun ini disambut di peringkat daerah Kota Tinggi dan menjemput Tn. Hj. Yaacob Bin A Karim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) untuk merasmikan program tersebut. 

Program yang disertai seramai 300 peserta termasuk pemimpin Pengakap dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi ini mengandungi pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan sambutan termasuklah pertandingan, pembentangan dan pameran. Pertandingan-pertandingan dijalankan adalah bagi memberi peluang ahli Pengakap yang aktif untuk mendapat mata pencapaian bagi memenuhi keperluan kokurikulum (bahagian pencapaian) mereka di sekolah. 

Aktiviti yang dijalankan dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Pengakap Kanak-kanak (Pertandingan Mewarna & Pertandingan Kolaj Keamanan), Pengakap Muda (Pertandingan Carta Ikatan & Pertandingan Arca Bahan Terbuang), Pengakap Remaja (Pertandingan Arca Bahan Terbuang, Pertandingan Masakan Rimba & Pertandingan Model Projek Perintis (Menara Peninjau) dan Pengakap Kelana (Pertandingan Poster Alam Sekitar). Selain itu, pameran koleksi barangan Pengakap, booth maklumat dan photobooth berkaitan Betterworld Framework juga disediakan. Pembentangan kepada pemimpin Pengakap mengenai Scout.org dan tatacara mendaftarkan program Messengers of Peace juga dilaksanakan. Highlight program ini adalah Pelancaran Logo Rasmi PPM Daerah Kota Tinggi di mana logo rasmi tersebut diserahkan dan ditandatangi oleh Tn. Hj. Yaacob Bin A Karim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor). Program ini merupakan penanda aras bagi Sambutan Keamanan di daerah Kota Tinggi dan berharap akan dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi pada tahun yang akan datang. 

Imagen de Ahmadun Asyauqi
from Malaysia, hace 1 año

Project Period

Started On
Tuesday, September 24, 2019
Ended On
Tuesday, September 24, 2019

Número de participantes

300

Horas de servicio

1800

Topics

Better World Framework
Scouting and Humanitarian Action
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.