Lebarkan sayap ke Singapura - Malaysia-Singapore Scouts Exchange: Jalinan Kasih 2

Program Pengantarabangsan Pengakap anjuran SMK Pengerang Utama dilanjutkan lagi pada tahun ini di mana ia melebarkan sayapnya ke negara jiran iaitu Singapura. Program ini memberi pendedahan kepada ahli Pengakap daerah Kota Tinggi dan juga North Area bahawa Pengakap merupakan satu badan NGO yang bersaudara di serata dunia dan program ini dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara kedua buah negara yang terlibat. Ini dapat membantu ahli Pengakap membuka fikiran mereka dan belajar berkomunikasi antara kedua buah negara. Program pada tahun ini dilakukan pada 2-3 Ogos di Edgefield Secondary, Punggol, Singapura pada 2 Ogos manakala pada 3 Ogos, aktiviti 'The Amazing Race' dilakukan di Pulau Sentosa, Singapura bersama North Area. 

Antara aktiviti yang dijalankan pada 2 Ogos adalah pembentangan ringkas mengenai aktiviti kepengakapan di kedua-dua buah sekolah dan daerah, aktiviti projek perintis (membina menara peninjau), pameran koleksi hobi (barangan pengakap), melukis poster program, campfire night dan juga 'the amazing race' (explorace) bersama North Area. 

Aktiviti sebegini diharapkan dapat memupuk semangat kepengakapan di antara kedua belah pihak serta dapat menyediakan platform kukuh untuk aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan. 

Imagen de Ahmadun Asyauqi
from Malaysia, hace 1 año

Project Period

Started On
Friday, August 2, 2019
Ended On
Saturday, August 3, 2019

Número de participantes

140

Horas de servicio

1680

Topics

Partnerships
Youth Programme
Scouting and Humanitarian Action
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.