[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] Team Up and Lets Work
Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : First Meeting SWA
Tarikh : 25/6/18
Masa : 8am - 5pm
Tempat : SMK, Paya Besar, Kuantan
Peserta : 11
Selepas tamat Kursus Discovery : Scout of The World Award pada 22-24 Jun 2018, kami ahli daripada 6 pengakap kelana udara G Kuantan, 2 pengakap SMK Sungai Soi dan 3 ahli pengakap SMK Paya Besar telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi menubuhkan satu kumpulan bagi memenuhi syarat menjalankan projek SWA.
#SWAward # SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT
Dalam perbincangan tersebut, kami telah memutuskan untuk membina sebuah kumpulan yang terdiri daripada 11 orang ahli. 6 ahli pengakap kelana dan 5 ahli pengakap remaja.
Sesi pembentangan idea atau brain storming telah berlangsung bagi mendapatkan tajuk/idea projek SWA yang akan kami laksanakan. Pelbagai idea yang dikongsi bersama ahli kumpulan lain telah diambil perhatian dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat kumpulan seterusnya.