<< < Proyecto

SAYALAH PEMIMPIN ANDA!!

Seramai 50 orang pelajar dari negeri Terengganu telah menyertai dengan jayanya Kem Kepimpinan Mahasiswa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu 2018 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Mereka terdiri daripada ahli GPMS Cawangan Khas dan Cawangan. Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 10 Ogos hingga 12 Ogos 2018.

Program ini merupakan antara inisiatif yang diambil oleh pihak GPMS untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai sifat dan kemahiran memimpin. Antara pengisian program yang telah diadakan termasuklan "ice-breaking", pengenalan GPMS, sidang parlimen, pembentangan dan sebagainya. Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program yang diadakan. Walaupun penat, para peserta tetap menunjukka kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Para fasilitator juga amat mesra dengan para peserta. Sepanjang program, peserta juga dibahagikan kumpulan dan diberikan barang amanah. Hasil daripada program ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan fasilitator yang belum pernah bersua muka sebelum ini. Para peserta juga menunjukkan impak yang positif hasil daripada program yang disertai dengan pengisian yang berkesan kepada para peserta dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai daya ketahanan dari segi mental dan fizikal.

Majlis penutup Kem Kepimpinan dirasmikan oleh Pengerusi GPMSNT, YM Tengku Haphiz. Beliau berharap peserta kem ini teruskan semangat perjuangan dalam mempertahankan bangsa dan agama serta menjadi pelapis pemimpin hebat di masa depan.

Imagen de md_firdaussss
from Malaysia, hace 2 años

Project Period

Started On
Friday, August 10, 2018
Ended On
Sunday, August 12, 2018

Número de participantes

50

Horas de servicio

24

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.