1st Johore International Causeway Jamboree

Seramai 28 ahli Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ke-17 / IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor telah menghadiri Jamboree ini sebagai petugas/ International Service Team. Mereka terdiri daripada penolong pemimpin pengakap.Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kolej Abd. Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru, Johor.

Jamboree ini dihadiri seramai 1140 orang peserta terdiri PKK, PM, PR dan PK dari seluruh Malaysia dan luar negara seperti UK, Indonesia dan Singapore. Jamboree ini menawarkan 30 jenis aktiviti iaitu 5 extreme zone, 6 wet & wild, 19 Fun Zone dan acara kebudayaan. Secara keseluruhannya peserta berpuas hati dengan aktiviti yang mereka jalankan. Meskipun penat dalam menjalankan aktiviti, namun para peserta tetap menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam program tersebut.

Jamboree ini telah dirasmikan oleh SC Johor, Tn. Hj. Yaakub Karim dan penutupan oleh Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, YB. En. Khuzzan Bin Abu Bakar. Semoga program sebegini akan terus dijalankan demi untuk kemenjadian ahli-ahli pengakap seterusnya.

Imagen de yusofalhaj
from Malaysia, hace 1 año

Project Period

Started On
Thursday, August 2, 2018
Ended On
Sunday, August 5, 2018

Número de participantes

1140

Horas de servicio

896
Geolocation

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.