Mengajar Lagu Pengakap di SK Bangsar

Pada 28 Julai 2018, saya telah mengetuai sekumpulan Penolong Pemimpin pengakap Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ke-10 (MPKLM 10) ke SK Bangsar untuk menyertai aktiviti Pengakap di sana.  Padi hari itu, kami telah bersetuju untuk mengajar lagu pengakap kepada pengakap kanak-kanak di situ. Saya juga turut mengajar lagu pengakap kepada para pengakap kanak-kanak tersebut. Saya telah mengajar lagu 'Epo E Tai Tai' iaitu lirik beserta gerak tarinya. Aktiviti dijalankan dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Melalui aktiviti tersebut, pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Bangsar berpeluang merasai keseronokan dan kegembiraan menyertai aktiviti kepengakapan serta diberi kesedaran tentang bagaimana kepengakapan mampu membantu mencapai keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dunia. Lagu Pengakap bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga boleh menyatukan hubungan serta memupuk perpaduan untuk keamanan melalui kepengakapan. 

Imagen de tessensohn_97
from Malaysia, hace 2 años

Project Period

Started On
Saturday, July 28, 2018
Ended On
Saturday, July 28, 2018

Número de participantes

26

Horas de servicio

2

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.