Proyecto

Pada 6-10 Julai 2018, telah berlangsung dengan jayanya Perkhemahan Korobori Pengakap Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan. Program ini telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Kira-kira seramai 200 petugas telah dikerahkan bagi melancarkan program. mereka terbahagi kepada beberapa bahagian seperti sektor aktiviti, keselamatan, pengurusan kelana, urusetia dan sebagainya. Kira-kira 7000 orang telah menjayakan program kali ini melibatkan Pengakap Kanak-kanak, Pemimpin dan juga petugas Kelana.

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ketika majlis perasmian, Menteri Besar Negeri Terengganu.

Para peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti. Antaranya termasuklah permainan tradisional, memasak, ilmu hidup, laluan halangan, lawatan, nyanyian dan sebagainya. Mereka juga terlibat dengan pertandingan malam kebudayaan. Para peserta kelihatan gembira dengan setiap aktiviti yang disediakan. Para petugas juga kelihatan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Sepanjang program, saya terlibat dengan tugas pengagihan kerusi dan meja untuk setiap kontingen dan sektor aktiviti, pengagihan minuman kepada petugas aktiviti, pengurusan kelana, pramusaji VIP pada hari perasmian dan urusetia bahagian penginapan serta turut diberi peluang untuk menyambut ketibaan Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Hj Shafie bin Hj Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Imagen de md_firdaussss
from Malaysia, hace 2 años

Project Period

Started On
Friday, July 6, 2018
Ended On
Tuesday, July 10, 2018

Número de participantes

7000

Horas de servicio

40

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

You should not see this

Comentarios

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.