Penghormatan Terbesar Kepadaku

Sungguh besar peluang yang telah diberikan kepada saya ketika di Korobori Pengakap Kanak-Kanak Kebangsaan pada kali ini iaitu diberi penghormatan untuk membuat Ikatan Persabatan pada skaf yang dipakai oleh DYTM Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

Ketika korobori berlangsung selama 5 hari iaitu dari 6 - 10 Julai 2018, saya & rakan-rakan koordinator Messengers of Peace (MoP) telah ditugaskan di khemah MoP. Di situ, kami telah membuat penerangan berkenaan MoP kepada para peserta korobori termasuk guru-guru, orang awam & para petugas korobori. Selain itu, kami telah membuat aktiviti lain seperti permainan mengimbangi bola tenis, tarian alele, tariap MoP Malaysia, tepukan 'break free' & cabaran cube.

Bagi menyokong rakan-rakan yang sedang menyiapkan projek Scout of the Word Award (SWA), kami telah menyediakan tong sampah bagi para peserta korobori mendermakan penutup botol minimum sebagai tanda sokongan terhadap Rovs Projek. Penutup botol itu nanti bakal digunakan sebagai bahan untuk membina laluan pejalan kaki sepanjang 1km. Tahniah juga kami ucapkan kepada para pelajar SK Sultan Omar yang telah memenangi cabaran mengumpul penutup botol terbanyak. Lebih 5000 penutup botol telah berjaya dikumpulkan sepanjang korobori ini berlangsung.

Imagen de helmimatlazib
from Malaysia, hace 1 año

Project Period

Started On
Friday, July 6, 2018
Ended On
Tuesday, July 10, 2018

Número de participantes

1

Horas de servicio

40
Geolocation

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.