Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam raikan Sambutan Israk Mikraj 1439H

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan ceramah khas yang berlangsung di Balai Ibadat PPNBD, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

Pada majlis itu, ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

Antara inti pati ceramah yang disampaikan ialah perintah wajib menunaikan solat lima waktu dengan menekankan betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap.

Imagen de Najib Hamid
from Brunei Darussalam, hace 11 meses

Project Period

Started On
Saturday, April 14, 2018
Ended On
Monday, May 14, 2018

Número de participantes

30

Horas de servicio

60
Geolocation

Topics

Spiritual Development
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.