KURSUS KETUA PATROL & ENAM SEKAWAN

KURSUS KETUA PATROL & ENAM SEKAWAN
31 Mac-Apr 2018
Desa Tunas Hijau

WP Labuan-Kursus Ketua Patrol dan Enam Sekawan telah diadakan di Desa Tunas Hijau yang terletak di Kg Sg Pagar, WP Labuan pada 31 Mac 2018 hingga 1 April 2018. Sebanyak 110 orang ahli pengakap daripada sekolah-sekolah di Labuan telah mengikuti kursus tersebut. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Membedai, SK Pantai, SMK Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Lajau, SMK Sains Labuan, SMK Mutiara, dan SM Agama Majlis Agama Islam WP Labuan.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada para pengakap untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang kepimpinan disamping mendedahkan kepada para pengakap kepada variasi kemahiran pengakap. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung seperti masakan rimba, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, kawad kaki, dan isyarat sulit pengakap. Selain itu, ahli pengakap dapat menunjukkan bakat mereka di dalam Malam Pengakap.

Pada akhir kursus ini, majlis penutupan telah diadakan dihadiri oleh Skip Hong Heng Chee selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan, Mohd Farihi bin Ab Halim selaku guru besar SK Membedai, dan Ustaz Hasnizan Husin selaku pengetua SM Agama Majlis Agama Islam WP Labuan. Di dalam ucapan En Hong Heng Chee, sebagai ketua patrol, ahli pengakap perlu berusaha untuk mengikuti undang-undang pengakap. Beliau juga menyeru kepada semua peserta agar berusaha untuk mendapatkan lencana pengakap raja yang merupakan anugerah tertinggi pengakap.

"Ahli pengakap merupakan aset negara yang telah dilatih untuk taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Mereka juga dilatih untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Perkhemahan ini antara lain mempersiapkan ahli pengakap ke arah mencapai matlamat tersebut" kata Hong lagi.

Pada majlis penutupan, Hong dan Hasnizan menyampaikan sijil penyertaan dan lencana ketua patrol kepada ahli pengakap menyertai perkhemahan kali ini. Tidak ketinggalan sijil penghargaan turut disampaikan kepada jurulatih dan pemimpin yang bertugas sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

Imagen de RMD
by RMD
from Malaysia, hace 1 año

Project Period

Started On
Saturday, March 31, 2018
Ended On
Sunday, April 1, 2018

Número de participantes

102

Horas de servicio

800
Geolocation

Topics

Spiritual Development
Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.