UJIAN KELAYAKAN BADEN POWELL AWARD DAN MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN DAN PENGANUGERAHAN BADEN POWELL (BP-AWARD)

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus (UniSZA) telah mengadakan ISTIADAT PERBARISAN DAN PENGANUGERAHAN BADEN-POWELL AWARD DAN MANIKAYU PPM NEGERI KLKM KALI KE~IV TAHUN 2017 (IPP) di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Program ini membabitkan seramai ahli krew kelana dari pelbagai daerah yang telah memenuhi syarat wajib bagi melayakan mereka menyertai perkhemahan pentarafan Anugerah Baden-Powell kali ini yang bermula dari 17 November hingga 20 November 2017.

Anugerah Baden-Powell (BPA) merupakan anugerah tertinggi yang boleh dicapai oleh pengakap kelana. 15 ujian perlu dihadapi oleh para calon dan badan penilai Anugerah Baden Powell Award akan menentukan calon yang lulus dan seterusnya melayakkan meraka menerima Anugerah Baden-Powell Award. Para peserta yang lulus juga akan menerima apolet dan rambu BP Award yang penuh prestij sebagai tanda kejayaan. Antara ujian yang terdapat dalam perkhemahan pentarafan ini ialah Ujian Pengetahuan & Pengurusan Personaliti, Ujian Istiadat Mengibar Bendera, Ujian Kawad Kaki & Kawad Tongkat, Ujian Orienteering, Peta & Penganggaran, Ujian Model Projek Perintis, Ujian Pengucapan Awam, Ujian Kem Kraf Tapak Perkhemahan, Ujian Perkhidmatan, Ujian Projek Perintis, Ujian Khidmat Masyarakat, Ujian Pengurusan Protokal Majlis, Ujian Ikatan & Simpulan, Ujian Buku Log, Ujian Penilaian Pengetahuan dan Ujian Ikhtiar Hidup.

Anugerah B-P Award yang penuh berprestij ini telah di sempurnakan pemakaian apolet dan rambu BP-Award oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Negeri KLKM, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad.

Imagen de Sharifah Nurshafiqah binti Syed Shuhaimi
from Malaysia, hace 2 años

Project Period

Started On
Friday, November 17, 2017
Ended On
Monday, November 20, 2017

Número de participantes

77

Horas de servicio

28

Topics

Adults in Scouting
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.