"Oooo... ahli Pengakap pun jadi Messenger of Peace (MOP)", ucap adik-adik Pengakap Kanak-Kanak di Terengganu

Begitulah ucapan yg sering diucapkan oleh para peserta Korobori Pengakap Kanak-Kanak peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 1-5 Oktober 2017 bertempat Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Korobori bagi edisi ke-11 ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tan Sri Dato' Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu merangkap Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negara.

Korobori yang berlangsung selama 5 hari ini telah dihadiri oleh kira-kira 693 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah di Terengganu, guru-guru pembimbing, para petugas dari pengakap kelana. Sebanyak 30 aktiviti yang dijalankan mengikut beberapa sektor yang telah ditetapkan & dinamakan bersempeba karektor di dalam Jungle Book.

Saya yang bertindak sebagai petugas di sektor King Louie bagi aktiviti Messenger of Peace (MOP) telah memperkenalkan apa itu MOP dan tujuan ia dilaksanakan. Selain itu, melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengenali logo MOP dan alele. Sebagai menambahkan lagi keseronokan, para peserta dapat membuat cop tangan yang berbentuk burung merpati pada kain putih yang telah disediakan.

Imagen de helmimatlazib
from Malaysia, hace 2 años

Project Period

Started On
Sunday, October 1, 2017
Ended On
Thursday, October 5, 2017

Número de participantes

693

Horas de servicio

40
Geolocation

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.