KEBERSIHAN STADIUM MARUAH NEGERI

Pada 22 Februari 2017 , kami Ahli Pengakap Kelana B ( Blackflurry Rovers ) turun ke Stadium Muhammad ke - IV pada perlawanan Liga Super , Perlawanan diantara Kelantan dan Melaka. Kelantan tewas ditangan Melaka . 2-0 . Kami terpanggil untuk turun ke stadium lantaran mendapat berita tahap kebersihan stadium amat memalukan semasa Kelantan melawan Kedah pada 13 Februari 2017 lalu.

Saya menjadi ketua projek bersama sama dengan 12 orang ahli pengkap yang lain berganding bahu membersihkan Stadium Muhammad Ke -IV setelah perlawanan tamat. Kami sempat membantu makcik dan pakcik cleaner membersihkan stadium bermula dari jam 11 malam hingga lah 3 pagi. Ini satu pengalaman baru buat kami. Pada sebelum ini kami hanya tahu menonton sahaja tapi kami sendiri tiada kesedaran untuk membantu makcik dan pakcik cleaner ini.

Ternyata membersihkan stadium ini, bukan perkara yang senang, bukan lah perkara yang boleh disiapkan dlam mas ayang singkat. Kami membahagikan tugas. 3 orang kelana untuk 1 gate. Saya sendiri membuat tugasan di Gate A, dan ahli ahli pengakap yang lain membersihkan Gate B, C, dan D . Manakala Gate E, F dibersihkan oleh makcik dan pakcik cleaner stadium itu sendiri.

Impak daripada program ini adalah memberi kesedaran kepada kami sendiri bahawa menjadi seorang cleaner itu merupakan hijad yang sangat mulia. Kerja yang sangat mulia. Makcik dan Pakcik cleaner seharusnya diangkat tinggi, harus dihormati dan tidak dikeji. Selain itu, kami juga berpeluang mengumpul barangan plastik , aluminium yang dibuang untuk dijual dan mendapatkan dana untuk pasukan pengakap kami.

Imagen de Cik_Alink
from Malaysia, hace 4 años

Project Period

Started On
Wednesday, February 22, 2017
Ended On
Wednesday, February 22, 2017

Número de participantes

12

Horas de servicio

48

Topics

Youth Programme
Youth Engagement

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.