Bengkel Kemahiran Kelana Udara Kemabong

Pada 07.03.2017 bersamaan hari selasa, saya telah melibatkan diri dalam bengkel ini yang mampu menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam kehidupan sebagai seorang kelana ini. Dalam bengkel ini,ini lah kali pertama saya menghasilkan"mini pioneering dengan hasil titik peluh sendiri walaupun saya tidak berhasil menyiapkannya secara sempurna dalam masa 2 hari ini. Pada malam selasa pula,inilah kali kedua saya dapat merasai suasana berkawad yang bertemankan bintang-bintang di langit serta bulan yang turut menerangi makhluk-makhluk di atas muka bumi ini. Tidak ketinggalan juga hawa dingin di malam hari yang tidak mampu kami rasai kerana pergerakan kawad asas dan tongkat yang berhasil membasahi badan kami. Namun begitu,penat lelah sudah pastinya tidak saya dapat rasai kerana begitu seronok saya rasakan kerana mampu mengulangi pengalaman berkawad semasa di bangku sekolah menengah tahun lalu. Kerjasama antara kelana mampu diwujudkan kerana semangat yang berkobar-kobar telah diwujudkan dalam setiap kelana walaupun secara lazimnya,waktu malam adalah waktu untuk beristirahat. Di sini juga saya telah mempelajari sistem penganggaran yang disampaikan oleh Ketua Krew iaitu Skip Izwan. Untuk tidak menyesatkan diri di dalam hutan,sudah pastinya kompas hendaklah ada di tangan. Dengan itu,Skip Hafizi telah mencurahkan ilmunya kepada kami tentang kompas dan bearing agar tidak tersesat di alam maya. Pada jam 2.00 petang,maka berakhirlah bengkel kami yang penuh dengan pengisian ilmu tentang pengakap yang mampu kami amalkan dalam kehidupan seharian yang turut tidak menjadi kesia-siaan dalam meluangkan masa lapang kami. Bengkel ini telah ditamatkan dengan sesi bergambar bersama. :)

Imagen de Claire Motiun
from Malaysia, hace 3 años

Project Period

Started On
Tuesday, March 7, 2017
Ended On
Wednesday, March 8, 2017

Número de participantes

13

Horas de servicio

16

Topics

Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.