45 Pengakap SM Sains Labuan Lulus Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan.

45 Pengakap SM Sains Labuan Lulus Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan.
6-8 Mac 2020
Desa Tunas Hijau, Kg. Sg. Miri

LABUAN: Bertempat di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Miri, seramai 45 orang ahli pengakap Kumpulan 19 SM Sains Labuan telah menyertai Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan Pengakap di Desa Tunas Hijau, W.P. Labuan. Antara objektif perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendapatkan lencana Kemajuan Usaha di samping menimba ilmu kepengakapan di kalangan ahli pengakap. Perkhemahan ini adalah selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini yang mana kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

Menurut Pemimpin Kumpulan 19 Skip Dyana Martin “Para murid perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi”.

“Ini merupakan ciri-ciri yang penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara” ujarnya lagi. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya adalah pengembaraan sejauh 8km, masakan rimba, simpulan dan ikatan, kawad kaki, membuat gadget, dan Malam Pengakap. Kesemua peserta telah melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Daerah Zon 2 Skip Roslan Musa, dalam ucapannya beliau berbesar hati melihat para pengakap terus bersemangat dalam menjalankan aktiviti sepanjang perkhemahan ini. Beliau juga berharap ahli pengakap akan meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan lencana pengakap yang seterusnya. “Saya berharap Kumpulan 19 SM Sains Labuan akan terus menjalani latihan kepengakapan sehingga mencapai darjah tertinggi iaitu Pengakap Raja” ujarnya. Turut hadir di majlis itu ialah Skip Rosni Mohd Daud Pesuruhjaya Latihan Negeri.

صورة RMD
by RMD
from Malaysia, منذ 4 أشهر

Project Period

Started On
Friday, March 6, 2020
Ended On
Sunday, March 8, 2020

عدد المشاركين:

45

ساعات الخدمة

810

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.