ICE BREAKING (Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan Zon Sabah 2019

Seramai 80 orang peserta dari pelbagai daerah yang berada di negeri Sabah ini telah menyertai Kursus Koordinator MoP ini yang akan berlangsung dari 1 - 3 November 2019.

Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) dimulakan dengan sesi suaikenal(Ice breaking) dengan semua peserta.

Ia dilakukan diruang dewan terbuka Scout Nature Park, Sandakan (SNP) untuk memudahkan kami melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan ruang yang sangat besar.

Sesi suaikenal ini dilakukan agar semua peserta dapat saling mengenali antara satu sama lain dan tidak kekok untuk bertegur dan sesi ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama peserta mahupun jurulatih ataupun JawatanKuasa Program. 

Aktiviti ini mestilah dilakukan dalam kumpulan kerana ia melibatkan semua peserta dan juga jawatankuasa yang ada. Aktiviti ini juga memerlukan tenaga untuk berlari seperti aktiviti angin bertiup dan lain-lain. Aktiviti ini juga mempunyai nilai murni dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan

صورة firzanasiri
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Friday, November 1, 2019
Ended On
Friday, November 1, 2019

عدد المشاركين:

80

ساعات الخدمة

480

Topics

Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.