Majlis Pemakaian Lencana & Penyampaian Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja

Pada 13 Oktober 2019, berlangsung Majlis Pemakaian Lencana Dan Penyampaian Sijil Perakuan Lulus Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis ini diadakan di Movie Animation Park Studio (MAPS) Meru Ipoh.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Nizran Bin Noordin selaku Setiausaha Sulit Yang Amat Berhormat Menteri Besar Besar Perak. Yang Berusaha Tuan Hj Nasaruddin Bin Samsuddin (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) dan Yang Berusaha Encik Mohd Ariff Bin Yeop Ishak (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) turut hadir selaku tetamu jemputan. Seramai 154 orang pengakap remaja hadir bersama keluarga mereka bagi menerima lencana dan sijil perakuan lulus pengakap raja. 

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tuan Hj Ahmad Azam Shah Bin Abd Majid turut sama menyampaikan Lencana Pengakap Raja kepada semua Pengakap Raja yang hadir. Majlis ini juga meraikan pencapaian Pengakap Kelana yang mewakili Negeri Perak khasnya Daerah Kinta Selatan, Mohamed Nur Azeem Bin Hanuar dan Nadia Farhana Binti Azhar yang telah berjaya dalam Penilaian Projek Scouts of the World Award (SWA) 2019.

صورة Azeem
from Malaysia, منذ شهر واحد

Project Period

Started On
Sunday, October 13, 2019
Ended On
Sunday, October 13, 2019

عدد المشاركين:

500

ساعات الخدمة

3000
Geolocation

Topics

Youth Programme
Youth Engagement
Partnerships
Adults in Scouting
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.