Road to Rambu : Ujian Lencana Pengakap Kanak-kanak 2019

Kem Jubli Intan, Tanjong Laboh ; Telah berlansung satu program PKK “Road to Rambu 2019” pada 23-24 Ogos 2019. Penyertaan seramai 145 peserta (ahli PKK) telah menjayakan program ini untuk melayakkan mereka menyemat lencana pengetahuan dan perkhidmatan sebelum menduduki Ujian Lencana Keris Emas.

Program ini telah menyediakan ahli PKK dengan ilmu dan pededahan yang cukup berpandukan skim Pengakap Kanak-kanak. Pada hari pertama setelah siap mendirikan khemah, slot Pertolongan Cemas mula mengambil peranan sehingga malam.

Pada hari kedua, setelah melakukan Laung Agung, Slot Pengembara pun bermula. Pelbagai aktiviti seperti menghidupkan api, penyediaan air panas, merintis, membaca isyarat sulit, mengembara dan lain-lain telah dilaksanakan. Sesampai di lokasi, aktiviti diteruskan dengan slot pengurus rumah. Persiapan yang dilakukan kemudiannya dibuat santapan tengahari bagi setiap sekawan apabila selesai dinilai.

Pergerakan seterusnya adalah slot “Go Green V2.0” bagi melengkapkan lencana pemeliharaan alam sekitar. Gotong royong pembersihan dilakukan di kawasan rekreasi sebelum bertolak pulang ke kawasan perkhemahan. Majlis penutup dimulakan jam 4.45 petang dengan perasmian oleh Pesuruhjaya Daerah PPM (Batu Pahat) Tn Rahmad bin Abd Rahman dan tamat jam 5.30 petang.

You should not see this

التعليقات

صورة anam scout

Congratulation sir

صورة Mohammad Aizat
from Malaysia, منذ 3 أشهر

Project Period

Started On
Friday, August 23, 2019
Ended On
Saturday, August 24, 2019

عدد المشاركين:

145

ساعات الخدمة

1740

Topics

Better World Framework
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.