Pengakap Labuan Anjurkan Perkhemahan Kemahiran

LABUAN: Pengakap Labuan telah menganjurkan Perkhemahan Kemahiran Pengakap peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 hingga 14 Julai 2019 yang lepas, bertempat di Desa Tunas Hijau, Kg. Sg. Pagar.

Antara objektif perkhemahan ini adalah membina kekuatan dan jati diri ahli Pengakap untuk menghadapi cabaran mendatang serta mengasuh kemahiran ahli-ahli Pengakap.

Perkhemahan ini disertai oleh 51 orang Pengakap dari beberapa kumpulan termasuk Kumpulan 15 SMK Mutiara, Kumpulan 21 SM St Anne, Kumpulan 22 SMK Lajau, Kumpulan 24 SMK Taman Perumahan Bedaun, dan Kumpulan 30 Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan.

Pada hari pertama, para peserta didedahkan ilmu dalam menafsir dan mengenali isyarat-isyarat sulit yang selalu digunakan dalam aktiviti kepengakapan.

Pada hari kedua, peserta didedahkan ilmu kawad kaki termasuk kawad statik dan kawad berjalan, kemahiran simpulan dan ikatan, membina model perintis dan projek perintis dalam kumpulan serta melakukan ekspedisi malam.

Ekspedisi malam ini bermula dari jam 10 malam dan berakhir pada jam 12 pagi, mengelilingi sekitar Kg. Sg. Pagar. Sebelum ekspedisi, para peserta diberi taklimat mengenai peraturan yang perlu diikuti apabila menjalani ekspedisi seperti mematuhi peraturan lalu lintas serta peraturan keselamatan sepanjang ekspedisi.

Setiap aktiviti yang dalam perkhemahan ini dijalankan mengikut sistem berpatrol, dengan objektif untuk menyerlahkan kerjasama antara rakan-rakan dalam patrol, hormat-menghormati, bersifat tabah dan sabar, di samping menyerlahkan sifat kepimpinan ahli-ahli patrol. Ahli Pengakap juga dapat mejalin hubungan yang harmoni dalam kalangan ahli Pengakap yang berbilang bangsa dan agama.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Kebangsaan Skip Rosni Mohd Daud.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang dapat menamatkan perkhemahan ini dengan jayanya.

“Saya berharap ahli Pengakap yang mengikuti perkhemahan ini akan terus menimba ilmu kepengakapan dan meningkatkan kemahiran diri sehingga mencapai tahap tertinggi iaitu menjadi seorang Pengakap Raja” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sijil penyertaan kepada semua terlibat dan sijil pencapaian kepada peserta yang memenangi anugerah-anugerah individu.

صورة Eng Keng Seng
from Malaysia, منذ شهر واحد

Project Period

Started On
Friday, July 12, 2019
Ended On
Sunday, July 14, 2019

عدد المشاركين:

55

ساعات الخدمة

990

Topics

Diversity and Inclusion

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.