Ketangkasan Minda Pengakap Labuan

SMK Mutiara dan SK Pekan Dua Juara Pertandingan Kuiz Pengakap 2019

LABUAN: Persaudaraan Pengakap Raja Wilayah Persekutuan Labuan (PPRMWPL) telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Pengakap 2019 pada 7 Julai yang lalu. Pertandingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Wilayah Persekutuan Labuan dan telah dirasmikan oleh Skip Irfan Sim Abdullah selaku Pengerusi penganjur bagi pertandingan ini. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pengakap Muda/Remaja dan  kategori Pengakap Kanak-kanak.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan penguasaan Skim Latihan Pengakap dalam kalangan ahli pengakap. Selain itu, kuiz ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli pengakap di seluruh WP Labuan. Soalan yang dikemukakan berbentuk objektif dan subjektif. Pertandingan ini terdiri daripada tiga pusingan iaitu dua pusingan bagi soalan objektif dan satu pusingan soalan subjektif.

Antara soalan yang diajukan kepada para peserta adalah simpulan dan ikatan, pertolongan cemas, asas kawad kaki dan ilmu kemahiran pengakap. Para peserta juga diuji dengan soalan-soalan  berkaitan dengan ilmu pengetahuan am. Pertandingan ini telah dihadiri oleh ibubapa, guru pengiring dari setiap sekolah serta Ahli Pengakap Raja yang lain. Kuiz ini telah disertai oleh 13 buah sekolah  yang terdiri daripada sembilan buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah. Sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Membedai, SK Kerupang, SK Pekan Satu, SK Pekan Dua, SK Rancha-Rancha, SK Patau-Patau, SK Sg. Lada, SK St.Anne, SJKC Chung Hwa, SMA MAIWP, SMK Mutiara, SMK Lajau dan SM St.Anne.

Johan bagi kategori Pengakap Muda/Remaja dimenangi oleh SMK Mutiara dikuti Naib johan SMA MAIWP. Manakala bagi kategori Pengakap Kanak-kanak Johan telah disandang oleh SK Pekan Dua dan diikuti Naib Johan SK Kerupang. Skip Irfan turut berkata “Dengan adanya aktiviti seperti ini, pengakap Labuan berharap lebih ramai peserta dari kumpulan pengakap di WP Labuan akan turut serta pada masa akan datang dan meningkatkan ilmu pengetahuan dikalangan ahli pengakap”. Pertandingan ini diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada setiap sekolah dan sesi bergambar bersama para peserta. Para pemenang menerima sijil serta baucar. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Skip Irfan dan Pesuruhjaya Kebangsaan Skip Rosni bin Mohd Daud.

صورة RMD
by RMD
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Sunday, July 7, 2019
Ended On
Sunday, July 7, 2019

عدد المشاركين:

60

ساعات الخدمة

360

Topics

Communications and Scouting Profile
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.