Projek Tanam Semula Berembang Sungai Selangor 2015

Pokok Berembang adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Sonneratia caseolaris (L.) Engl. [1]

Berembang, pedada, gedabu, atau perepat ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika berasal dari Asia Tenggara sehingga China Selatan dan benua Australia utara serta kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang di makan sebagai sayuran walau pun kurang popular. Buah muda berembang sangat masam dan digunakan sebagai bahan perasa. Berembang juga di panggil sebagai pagapate (Papua New Guinea); pagatpat (Filipina); tapoo, tamoo (Myanmar); lamphu (Thailand); dan baanchua (Vietnam).

Tumbuhan ini banyak tumbuh di Malaysia terutama dikawasan berhampiran sungai dan dekat dengan laut. Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang "ajaib" di Malaysia iaitu terdapat banyak kunang-kunang datang pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berembang.

Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Buah mudanya pula boleh dibuat sambal dan dimakan bersama nasi. Buah mudanya berasa lemak-lemak masam, ada juga yang mengatakan ia rasa seperti keju.

You should not see this

التعليقات

صورة Onklo

Bonege, gratulojn el Esperanto -skolto en la mondo.

http://mesg2012.blogspot.com

صورة ROSMAN MOHAMED
from Malaysia, منذ 6 سنوات

عدد المشاركين:

100

ساعات الخدمة

600
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.