Gotong-royong Bersama Masyarakat Kampung

Pada 27 Januari 2019  telah berlangsung Program Gotong-royong Perdana di Kampung Lawan Kuda Gopeng Perak. Aktiviti ini telah dihadiri lebih daripada 50 orang ahli peserta yang terdiri daripada penduduk kampung, agensi-agensi luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengatasi masalah banjir yang telah melanda kawasan perumahan kampung ini. Ini berpunca oleh sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Banyak lalang dan sampah-sarap di dalam parit yang mengakibatkan saliran air tersumbat.

Aktiviti ini telah berakhir pada jam 12 tengah hari. Setiap peserta telah menikmati jamuan tengah hari sebelum pulang ke rumah masing-masing. 

صورة Azeem
from Malaysia, منذ 11 شهراً

Project Period

Started On
Sunday, January 27, 2019
Ended On
Sunday, January 27, 2019

عدد المشاركين:

50

ساعات الخدمة

4
Geolocation

Topics

Safe from Harm

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.