solar di bidong

kami team SWA telah mengadakan projek perintis untuk solar light street kami di kampung bidong, Terengganu. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Pada malam yang pertama, team SWA baru berkenalan antara satu sama lain kerana pertemuan itu adalah pertemuan kali pertama bagi saya dan beberapa rakan saya yang lain dengan ahli projek Bidong Solar light street lamp dari Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Pada malam itu, kami iaitu team sponsor dan team pengurusan telah mendengar taklimat ataupun ilmu tentang solar light dari team teknikal iaitu team dari UTHM seramai 4 orang. Memandangkan mereka berempat adalah dari latar belakang teknikal, maka mereka lebih arif tentang solar light. Walaubagaimanapun, kami berusaha untuk memahami terma terma “engineering” yang mereka gunakan semasa penerangan tersebut. Syezrizal telah menerangkan tentang komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan solar light street lamp, fungsi lampu solar, wayar yang digunakan, watt yang digunakan dalam lampu tersebut, urutan untuk lampu dicas semula oleh tenaga dari matahari. Beliau juga telah menerangkan tentang ‘simulation tool’ dan ‘software’ yang digunakan; iaitu software proteus dimana software ini adalah software yng terbaik untuk lampu solar ini, akhir sekali, beliau telah terangkan tentang ‘etching pcb steps’. Semua steps tersebut ada 8; print board design, UV light and vacuum, developing, etching, stripping, dry, drill, dan akhir sekali, soldering. Saudara amiru asyras pula telah menerangkan serba sedikit mengenai bajet yang telah digunakan dalam menghasilkan projek ini, beliau juga telah menerangkan tentang nisbah yang kami semua akan gunakan untuk membuat bancuhan simen. Nisbah yang digunakan adalah 4:2:1. 4 untuk pasir, 2 untuk simen, dan 1 untuk batu. Manakali saudari zulaikha telah menerangkan tentang teknik soldering iaitu proses pematrian. Dalam semua langkah yang dibuat untuk menghasilkan lampu ini, proses soldering merupakan proses yang memakan masa yang paling lama, ini kerana, proses ini perlu dilakukan dengan berhati hati kerana jika teknik mematri yang digunakan salah, maka, lampu solar tidak akan menyala dan ‘circuit will short’. Proses ini juga memerlukan troubleshoot jika terdapat masalah dan untuk penambahbaikan lampu solar ini. Akhir sekali, saudara Mustafa telah menerangkan tentang cara pemasangan batang paip untuk menghasilkan tiang lampu. Beliau juga telah berkongsi tentang nama komponen-komponen batang paip. jadi, kami secara sedikit sebanyak juga telah berpengetahuan dalam ilmu teknikal setelah mendengar penerangan daripada mereka

صورة insyirah din
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Thursday, July 19, 2018
Ended On
Saturday, July 21, 2018

عدد المشاركين:

13

ساعات الخدمة

312

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.