Keamanan Dalam Pengakap

Pada 7 hingga 9 September yang lalu telah berlangsung Kursus Koordinator "Messengers of Peace" Peringkat Kebangsaan 2018. Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan kursus yang menglibatkan 25 orang ahli pengakap, terdiri daripada kelana dan pemimpin dari semenanjung Malaysia. Pada kali ini Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi kursus.
Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berpengakapan terutamanya dalam konsep keamanan dalam pengakap. Peserta juga dikehendaki membincangkan tentang isu-isu global yang merangkumi "17 sustainable Development Goals". Objektifnya adalah menjadikan peserta memahami tanggungjawab mereka sebagai Koordinator MoP untuk menyampaikan visi keamanan kepada masyarakat luar.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Kebangsaan merangkap Koordinator MoP Kebangsaan dan Pesuruhjaya Negeri Kuala Lumpur. Pada akhir majlis, semua peserta telah dikurniakan skarf Koordinator MoP, lencana MoP dan sijil penyertaan.

صورة Azeem
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Friday, September 7, 2018
Ended On
Sunday, September 9, 2018

عدد المشاركين:

25

ساعات الخدمة

24
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.