Survey Pipe

Melakukan aktiviti/gerak kerja ``survey pipe’’ berkenaan ``project designs’’ Solar Light Street berdasarkan rekaan daripada pasukan teknikal. Seramai 3 orang pasukan penajaan membuat tinjauan di 3 buah kedai hardware iaitu Gong Badak, Gong Datuk dan Taman Jaya untuk membuat perbandingan harga di antara sesebuah kedai ke sesebuah kedai yang lain. Hal ini kerana survey paip yang dijalankan bagi memastikan stok/kuantiti semasa proses pembelian daripada sesebuah kedai mencukupi serta dapat tawar menawar harga yang murah dan berpatutan serta berkualiti, bahkan melalui tinjauan harga ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan dalam sesebuah projek yang dijalankan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini mengambil masa 8 jam iaitu bermula 9am-5pm untuk survey paip seperti PVC Pipe (Upper Leg) 4 feet, PVC Pipe (Main Leg) 4 feet, PVC Reducer, PVC Elbow, and Beam bagi ketiga-tiga buah kedai. Bahkan, melakukan survey atau tinjauan awal adalah langkah permulaan dan ianya amat penting agar barangan dalam rekaan projek mudah diperolehi serta dapat melancarkan skop kerja pasukan penajaan sepertimana yang dicatatkan di dalam proposal projek iaitu menyediakan kertas kerja penajaan bagi kos yang diperlukan dalam projek. Nyatalah, melaksanakan ``survey pipe’’ serta membuat perbandingan harga diantara ketiga-tiga buah kedai tersebut supaya jimat dari segi kos pembelian barangan Projek ``Solar Light Street’’.

صورة SHAHIRA NAZRI
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Saturday, July 14, 2018
Ended On
Saturday, July 14, 2018

عدد المشاركين:

3

ساعات الخدمة

24

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.