Pengakap Bersama Orang Asli

Pada 31 Ogos 2018 sehingga 2 September 2018 telah berlangsungnya Program Khidmat Kelana bertempat di Sk Pos Perwor Sungai Siput (U) Perak. Program selama 3 hari 2 malam dengan penglibatan seramai 50 orang peserta pengakap kelana negeri Perak, Hulu Selangor dan pemimpin. Perjalanan dari pekan sungai siput ke Sk Pos Perwor kira-kira 50km dengan menaiki kereta.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu berpengakapan terutamanya dalam ikhtiar hidup seperti teknik mendirikan pondok, masakan rimba dan sebagainya. Pengalaman yang paling menarik sekali adalah setiap peserta perlu berjalan kaki masuk ke dalam hutan bagi mengambil batang kayu, buluh, daun bertam bagi tujuan mendirikan pondok. Dengan kerjasama penduduk setempat, program ini telah berjaya dilaksanakan.
Majlis penutup telah disempurkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tuan Hj Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid. Seterusnya peserta program juga telah menerima sijil penyertaan bagi program kali ini.

صورة Azeem
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Friday, August 31, 2018
Ended On
Sunday, September 2, 2018

عدد المشاركين:

50

ساعات الخدمة

16

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.