Ekspedisi Kelana Kinta

Program Kinta Valley Rover Scout Challenge 2018 telah diadakan pada 15 Februari 2018 sehingga 18 Februari 2018. Peserta program seramai 30 orang, terdiri daripada ahli pengakap kelana, penolong pesuruhjaya pengakap dan pesuruhjaya pengakap daerah Kinta. Perjalanan peserta yang melibatkan sejauh 68 km berjalan kaki, bermula daripada Sk Toh Indera Wangsa Ahmad dan berakhir di Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5).
Sepanjang program, semua peserta akan menempuh pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah 'water tubing' di Sungai Jahang, melihat burung-burung di Taman Alam Kinta, merasai pengalaman memasuki bekas kapal korek dan mendulang bijih timah. Pada hari terakhir, penolong pesuruhjaya pengakap negeri unit kelana telah hadir bagi majlis penutupan serta pemberian sijil penyertaan kepada para peserta.

صورة Azeem
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Thursday, February 15, 2018
Ended On
Sunday, February 18, 2018

عدد المشاركين:

30

ساعات الخدمة

20

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.