Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-kanak

Pada 16 Mac 2018 sehingga 18 Mac 2018 telah diadakan Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-kanak peringkat daerah, bertempat di Sk Rumbia Alor Gajah. Perkhemahan Skim latihan Lencana Keris Gangsa, Perak dan Emas telah dihadiri seramai 160 orang ahli pengakap kanak-kanak yang berumur 10 tahun sehingga 12 tahun.
Objektif perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang skim latihan pengakap kanak-kanak termasuk sejarah pengakap, ikatan dan simpulan, isyarat sulit pengakap dan sebagainya. Pada hari akhir perkhemahan, peserta telah dikurniakan sijil mengikut peringkat skim lencana masing-masing. Sijil telah disampaikan oleh pegawai belia daerah dan pesuruhjaya pengakap daerah Alor Gajah. Selain itu, peserta juga telah mendapat hadiah mengikut kumpulan sempena pertandingan malam pengakap yang telah diadakan.

صورة Azeem
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Friday, March 16, 2018
Ended On
Sunday, March 18, 2018

عدد المشاركين:

160

ساعات الخدمة

24
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.