Scouts of The World Award Discovery (Zon Utara)

Scouts of The World Award Discovery berlangsung selama 3 hari, bermula pada 13 julai 2018 sehingga 15 julai 2018. Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Kedah, kursus ini dihadiri 103 orang peserta pengakap seluruh malaysia.
Kursus ini adalah syarat wajib bagi seorang ahli pengakap bagi mendapatkan anugerah "Scouts of The World Award" bertaraf antarabangsa. Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan "17 Sustainable Development Goals (SDGs)". 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) merupakan teras agenda 2030 yang mengimbangi dimensi ekonomi, sosial dan ekologi pembangunan mampan, meletakkan perjuangan menentang kemiskinan serta pembangunan yang lestari.
Dalam kursus ini, peserta telah diamanahkan untuk membina satu komuniti projek yang memberi kesan kepada penduduk setempat. Antara projek yang dilakukan termasuk membina bangku dan meja berasaskan kayu palet serta mengecat dinding dewan yg telah usang. Dan diakhir kursus ini, peserta telah dibahagikan kepada kumpulan bagi membentangkan projek yang bakal dibuat oleh peserta untuk melayakkannya menerima anugerah Scouts of The World Award.
Kesimpulannya, kursus ini telah memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang definisi sebenar pembangunan mampan dan seterusnya tindakan yang perlu dilakukan demi menjaga keamanan bumi kita.

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.