Scout World Award Discovery Zon Utara 2018

Seramai 88 ahli pengakap dari pelbagai daerah di seluruh Malaysia telah menyertai program ini, yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam bermula pada 13 Julai 2018 hingga 15 Julai 2018.

program ini bertujuan untuk mendapatkan passport SWA Malaysia. Passport ini adalah penting dan wajib dimiliki untuk membuat sesuatu projek SWA. Passport ini hanya boleh didapati setelah menghadiri SWA Discovery. Setelah mempunyai passport yang telah ditandatangai oleh Koordinator Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia, baru lah projek SWA boleh dijalankan.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pengenalan tentang SWA, menceritakan projek yang boleh dilakukan, melakukan khidmat masyarakat dan banyak lagi.

Program ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Kedah dan hampir 10 orang dari kalangan ahli pengakap menjadi urusetia dan mereka telah berjaya menjalankan program SWA Discovery Zon Utara 2018 ini.

صورة nuurzulfaaqila
from Malaysia, منذ سنتان

Project Period

Started On
Friday, July 13, 2018
Ended On
Sunday, July 15, 2018

عدد المشاركين:

88

ساعات الخدمة

24

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.