Rombongan Burung Camar MoP ke Pulau Mutiara Laut China Selatan

LABUAN - Kursus Koordinator Messenger of Peace (MoP) telah diadakan julung kalinya di W.P. Labuan, pada 28-29 April 2018 bertempat di Labuan International School (LIS). Saya mewakili Krew Kelana A Labuan untuk menghadiri kursus berkenaan.

Kursus sepanjang dua hari ini telah diisikan dengan pelbagai aktiviti dan pengisian, antaranya termasuk sesi suai kenal, pendaftaran WOSM melalui scout.org, kaedah memuat naik projek dan pengiraan jumlah jam, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, hak cipta & harta intelek MoP, penyediaan dan pembentangan kertas projek, pelan tindakan MoP dan akhir sekali aku janji MoP.

Kursus ini diadakan dengan kerjasama Labuan International School dan para jurulatih didatangkan khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting.

Para peserta juga didedahkan dengan pencapaian yang dikejar oleh ahli Pengakap yang berumur 16-25 tahun, antaranya termasuk Scout of the World Award (SWA), World Scout Environmental Project (WSEP) dan Scouts Solar Project. Para Koordinator MoP mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mempromosikan pencapaian ini semua ahli Pengakap.

Selain daripada pembentangan dan taklimat, para peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, termasuklah pelbagai jenis permainan, tepukan, dan lagu-lagu MoP. Peserta juga dilatih untuk mempelajari Tarian MoP versi Malaysia, yang dimana unsur tarian Joget dan tarian Inang juga disertakan dalam Tarian MoP versi Malaysia ini.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YH Dato' Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman, selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Pada akhir kursus, para peserta telah dianugerahkan lencana & skaf MoP, serta sijil pengiktirafan koordinator yang disampaikan oleh tetamu-tetamu jemputan.

You should not see this

التعليقات

صورة RMD

Good job Eric!

صورة Slamet Agung Ribowo

good job

صورة Eng Keng Seng
from Malaysia, منذ سنة واحدة

Project Period

Started On
Saturday, April 28, 2018
Ended On
Sunday, April 29, 2018

عدد المشاركين:

27

ساعات الخدمة

16
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.