Happiness Is A Serious Business :)

Suasana yang menggembirakan dan pengalaman yang menyeronokkan sudah pasti akan menjadi salah satu perkara yang terindah yang pernah dirasai. Begitu juga dengan diri saya iaitu pada 17/03/2017 bersamaan hari Jumaat,saya dan rakan-rakan telah pergi berkhidmat di SK Inubai yang dipimpin oleh Skip Jasri Joe. Inilah pertama kali saya mengajar kawad para murid di bangku sekolah rendah ditambahkan lagi hari tersebut merupakan Kem Unit Beruniform. Sebelum saya diamanahkan untuk mengajar kawad kepada mereka,Skip Jasri telah mengajar para peserta tentang kawad asas terlebih dahulu. Dalam sepanjang proses latihan kawad ini,barulah saya sedar dan ketahui bahawa dalam mengajar kawad ini,bukanlah semudah apa yang difikirkan melainkan amatlah dititikberatkan keseragaman dalam kawad ini. Selang beberapa jam,akhirnya tiba jua dalam mengajar kawad ini dan saya ditugaskan untuk mengajar kawad bagi Unit Beruniform Puteri Islam. Saya berasa bangga dan gembira kerana mampu menjalinkan hubungan dengan mereka malah mereka juga mesra sekali. Setelah selesai semuanya,gelak ketawa,bergurau senda akhirnya dirindui di dalam hati ini. Aktiviti ini titutupi dengan acara ber"selfie" yang amatlah mustahil untuk dilupakan dan sudah menjadi suatu kebiasaan bagi semua masyarakat . :)

You should not see this

التعليقات

صورة Mamta Swarnkar D.T.C

Keep it up

صورة Claire Motiun
from Malaysia, منذ 3 سنوات

Project Period

Started On
Friday, March 17, 2017
Ended On
Friday, March 17, 2017

عدد المشاركين:

4

ساعات الخدمة

4

Topics

Adults in Scouting
Spiritual Development
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.