Di Sini Lahirnya Sebuah Keluarga Berpengakap.

Pada 25.01.2017 bersamaan Hari Rabu iaitu secara amnya suatu hari yang diadakan perjumpaan Gerko yang telah dijalankan hampir seluruh sekolah di Tenom. Pada hari tersebut,para kelana Kemabong termasuk saya telah diberi peluang untuk berkhidmat atas permintaan pemimpin di SMK Entabuan dalam mengendalikan perjumpaan Unit Beruniform untuk pertama kalinya bagi tahun 2017. Perasaan gembira dan teruja tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata kerana dapat berkhidmat kepada SMK Entabuan di mana sekolah inilah tempatnya saya menuntut ilmu di bangku sekolah menengah,mendisiplinkan diri saya, dan sudah semestinya menebalkan semangat berpengakap dalam hidup saya. Dengan semangat yang ada,kami mampu melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pemimpin dengan jayanya.Di sini saya berpeluang untuk mengenali adik-adik saya yang baru menjejaki di sekolah ini yang juga menyertai Unit beruniform Pengakap ini. Ini juga turut memberi peluang untuk kami dalam meningkatkan kualiti kepimpinan kami sebagai seorang insan yang bergelar kelana.:)

صورة Claire Motiun
from Malaysia, منذ 3 سنوات

Project Period

Started On
Wednesday, January 25, 2017
Ended On
Wednesday, January 25, 2017

عدد المشاركين:

11

ساعات الخدمة

2

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.