20th Jamboree Jota Joti
Bertempat di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Merupakan aktiviti perkemahan 2 hari 1 malam. Kehadiran peserta seramai lebih kurang 200 lebih dari pelbagai sekolah di Kedah terutamanya Daerah Kuala Muda. Melibatkan banyak pengetahuan tentang Radio Amatur samada Uhf, Vhf dan Hf. Saya diberikan tugasan utk memberi latihan untuk Phoenatic Alphabet, Q-Codes dan J-Codes. Aktiviti- aktiviti lain adalah seperti MOP, Semaphore dan lain-lain. Antara lain saya bertugas sebagai tenaga pengajar (Urusetia Base) Jcode dan Qcode.
Aktiviti amat menarik dan berjaya mendidik peserta mengetahui asas penggunaan radio dan dapat mengenali ramai peserta-peserta dari pelbagai kaum dan sekolah disamping mendidik peserta untuk mengikuti sesuatu aktiviti dengan berdisiplin.